Gadis sama seperti wanita-wanita yang lain. gadis seorang yang mementingkan kerjaya dan keluarga. Setelah berjaya mendapatkan ijazah dan kemudiannya diterima bekerja dengan salah sebuah organisasi swasta di ibu kota. Gadis seorang yang berjimat cermat. Sepanjang bertugas, Gadis tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagain daripada gajinya untuk kegunaan masa hadapan. Melalui simpanannya itu jugalah, Gadis membantu keluarganya yang suatu ketika memerlukan wang untuk tujuan tertentu.
Sewaktu dalam proses menghabiskan kuliahnya di universiti, Gadis lebih banyak menumpukan kepada pelajaran dan teman-teman serumah dengannya. Gadis berperawakan pendiam dan pemalu. Gadis tidak banyak mempunyai teman lelaki.
Di tempat kerja, Gadis mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Randu dan Rudi antara jejaka yang cuba untuk mendekati Gadis. Randu merupakan teman sepejabatnya manakala Rudi merupakan salah seorang daripada mereka yang sering berurusan dengannya di pejabat. Kedua-dua Randu dan Rudi masing-masing mempunyai karektor mereka sendiri. Selain randu dan Rudi, Gadis juga berkawan dengan Rangga. Rangga merupakan teman yang dikenalinya melalui seorang teman. Hubungan antara Gadis dengan Randu, Rudi dan Rangga tidak lebih daripada hubungan antara teman-teman biasa.
Gadis kadangkala memikirkan tentang dirinya yang belum berpunya berbanding dengan teman-teman serumahnya sewaktu di universiti yang telah berteman dan berumahtangga. Tapi itu tidank mengganggu tumpuan Gadis terhadap tugasannya di pejabat dan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Seringkali Gadis bermohon kepada Yang Esa bagi memberinya petunjuk. Dan Tuhan itu Maha Mendengar lagi maha Mengasihani hambanya. Pada suatu ketika, Gadis mendapat berita daripada temannya Randu bahawa dia akhirnya telah mempunyai teman istimewa. gadis tidak terkejut tetapi turut merasa gembira kerana dia tahu bahwa Randu bukan untuknya dan Gadis berjaya menghindarkan diri daripada beberapa perkara lain yang bakal berlaku sekiranya dia berhubungan dengan Randu. Walaupun begitu, Gadis dan Randu masih lagi berkawan baik.
Berkaitan dengan seorang lagi teman yang sering berurusan dengannya di Pejabat, Rudi masih lagi berkawan seperti biasa dengan Gadis. Gadis pernah menyatakan kepada Rudi bahawa mereka tidak sesuai untuk berpasangan atas sebab-sebab tertentu. Walaupun pada awalnya Rudi tidak bersetuju dengan Gadis, tetapi akhirnya Rudi menyedari akan kebenaran kata-kata Gadis. Rudi kemudiannya telah berjumpa dengan teman yang lebih sesuai dengannya. Dan sekali lagi Gadis gembira kerana buat sekali lagi dia dapat mengelak daripada sesuatu yang bukan untuknya.
Hubungan antara Gadis dan Rangga tidak lebih daripada hubungan kawan biasa kerana pada dasarnya Gadis hanya berhungan dengan Rangga melalui telefon dan tidak pernah lagi bersua muka. Mereka seringkali berhubung bagi bertanya khabar dan cerita terbaru masing-masing. Walaupun sehingga kini Gadis masih lagi berseorangan, tapi Gadis tidak pernah sunyi kerana keakraban hubungan keluarganya dan juga dengan teman-temannya sejak dari zaman sekolah menengah hinggalah di universiti. Gadis meneruskan kehidupan sehariannya sepeti biasa walau dimana pun dia berada dan tidak akan berhenti mencari bahagia. Dan semoga Gadis berjaya menemui apa yang dicari-carinya. Insyaallah...






4 comments:
Gadis, ganbate...
ekekekeke... amcam mona, bleh tak aku mengarang macam ko ari tuh... ehehehe.. ;)
ko lagi hebat iezah..aku hanya pengarang picisan..
ehehehe.. ye ker.. bleh la sesket.. ko tau aku dpt idea masa sms ngan anne ari tu... dia citer pasal ko... tp anne kata, jgn tulis pasal ko.. nnt ko merajuk.. eheheh.. ;)
Post a Comment