Wednesday, October 19, 2005

pErg| tak kEmba|i

tanggal 18/10/2005 tepat jam 12:00 mlm, nenek yang aku panggil 'tok' telah pergi meninggalkan dunia yang fana.. perginya tak kembali mengikut jejak tok ku yang seorg lagi yang telah pergi lebih awal pada tahun sebelumnya.. aku hanya mengetahuinya hanya pada jam 6:15 pagi.. sebetulnya, abangku di Johor telah menghantar sms pada jam 5:15 pagi tetapi entah kenapa sepanjang malam kejadian itu rupa²nya hset ku 'off'.. kebiaasaannya aku akan terjaga pada jam 4:50 pagi setelah dikejutkan oleh deringan alarm dr hset aku tetapi tidak pada pagi ini.. dan apabila aku sedar dr tidur, kudapati jam telah menunjukkan ke angka 6:15 pagi.. hmm, tak sahur lah hari ni.. takpelah... dan terus aku check hset ku yg tidak menjalankan tugasnya seperti biasa.. "oh!! dah off rupenyer.. patutla tak bunyi alarm".. kataku di dlm hati..

Sebenarnya, bukan hset aku tu kehabisan beteri (low battery) tetapi memang semenjak dua menjak ni, hset yang telah berkhidmat selama <> 3 tahun telah menunjukkan tanda² yang ia perlu digantikan dengan yang baru... Seringkali, ia ter'off' dengan sendirinya walaupun battery full.. dah ler pandai off sendiri.. nak di'on'kan balik bukan main lah payah... rasa nak kucampakkan saja.. tp tak tercampak coz itulah satu²nya alat yang membolehkan aku berhubung dengan keluargaku di Johor pada bila² masa.. bukannye tiada kemudahan telefon awam, tp rasenyer lebih mudah bercakap menggunakan hset tanpa perlu pergi keluar mencari pondok telefon hanya untuk bercakap selmama beberapa minit dengan keluarga..

Berbalik kepada kepergian arwah tok.. tok dah berumur <> 70 an.. tok cukup menjaga pemakanan kerana dia ada mengidap kencing manis.. tapi tok sihat.. cuma baru² ini pada bulan September yang lalu, tok demam sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.. aku sempat membawa mak melawat tok kerana kebetulan pada ketika itu, aku bercuti semester.. dapatlkah aku berjumpa dan berbual² dengan tok.. rupenyer, itulah pertemuan dan perbualan terakhir antara aku dengan tok.. tidak kumenduga yang tok akan pergi meninggalkan anak² dan cucu² nya di bulan Ramadhan yang mulia ini.. aku redha dengan semua ketentuan ilahi.. Daripada Nya kami hidup, dan kepada Nya kami kembali..

Aku tidak dapat balik ke Johor disebabkan pekerjaan aku yang baru saja bermula di sini tidak membenarkan aku pulang.. sementelah, aku belum layak untuk memohon cuti tahunan walaupun aku layak untuk memohon cuti kecemasan, tetapi kelas yang padat menyebabkan aku tidak dapat balik untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah tok.. oleh kerana aku bakal bercuti untuk menyambut hari raya dan deepavali tidak lama lagi, mak kata tak payah lah balik.. cuti jer baru balik.. walaupun aku bleh balik coz this weekend cuti 3 hari, tp mak kata tak pyh balik.. arwah dah selamat dikebumikan.. i feel sorry not to be there with u mom... aku tahu mak sedih.. ayah mak (tok lelaki) telah pergi menemui Ilahi 4 tahun yang lalu.. dan sekarang giliran nenek aku pula.. Aku hanya mampu berharap mak akan tabah.. dan mak memang seorang yang tabah.. Walaupun abangku ada menyatakan di dalam sms nya yang mak menangis tp jauh disudut hati ku tahu yang mak hanya menangisi kepergian tok untuk seketika cuma.. bagi diri ku sendiri, aku cuba utk tidak menangisi kepergian tok.. aku jalani kehidupan seperti tiada apa² yg berlaku tetapi dlm hati hanya Dia yg Maha Tahu.. dan untuk kesekian kalinya aku hadiahkan al-Fatihah buat arwah tok semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.. Berpisah sudah segalanya * Yang tinggal hanyalah kenangan * Diiring doa dan air mata * Yang pergi takkan kembali lagi

Wasalam...

3 comments:

Anonymous said...

innalillahi wa inlahirojiun... semoga tok iezah berada di golongan yg dirahmati..

amin...

pn izah said...

amin...

pn izah said...

alFatihah juga buat arwah isteri Perdana Menteri yg kembali ke rahmatullah hari ini 20/10/2005.. Moga roh nyer di cucuri rahmat.. amin..