Wednesday, November 30, 2005

harry potter ~ the goblet of fire

Mengisahkan Harry yang tidak lepas dari cabaran bahaya di sekolah Hogwarts di mana Harry dengan bukan kehendaknya memasuki 'triwizard' bertanding dengan sekolah magic yang lain.Harry Potter ialah peserta termuda yang pernah memasuki pertandingan yang amat merbahaya itu. Harry dikehendaki melintasi 3 cabaran bahaya untuk memenangi piala 'triwizard' itu.

Tanpa disedari, semasa pertandingan itu hampir tamat, Harry telah bertemu dengan musuh yang paling digeruni iaitu Lord Voldermort, orang yang hendak membunuh Harry sejak dari dulu lagi. Di situ kita dapat melihat betapa tabahnya Harry menghadapi cabaran tanpa sebarang bantuan dan berlawan dengan Lord Voldemort sendiri.

Filem Harry Potter yang terbaru ini, memaparkan kedewasaan dalam watak harry, Ron dan Hermione di manaia juga terselit bibit-bibit cinta antara Harry Potter dan Cho Chang. Walaubagaimanapun, filem Harry potter kali ini bukan lagi filem hanya sesuai di tonton oleh kana-kanak dengan aksi-aksi yang merbahaya dan juga elemen-elemen 'magic' yang ditonjolkan. Ianya sesuai untuk semua jenis umur.

p/s~ Biler la dpt gi tgk... waa..... nak tgk kat wayang.... :(

2 comments:

Anonymous said...

mengecewakan bagi orang yang pernah membaca bukunya..dan mereka yg tak puas hati masa scenenya kejap2 jer..
dari 5 bintang aku bg 2 jer..

pn izah said...

akhirnya berjaya gak tgk citer nih ngan anne & mariah... Bleh tahan tp mmg byk la yg missing drpd buku citer.. but still best...