Tuesday, December 13, 2005

The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe

DARIPADA Perang Dunia Kedua yang berlaku di England, empat beradik Lucy, Edmund, Susan dan Peter dibawa ke dunia penuh keajaiban yang dikenali Narnia selepas melepasi pintu The Wardrobe milik seorang profesor tua.

Pelbagai makhluk aneh ditemui mereka, daripada raksasa hodoh, orang kerdil, dewa Latin berbadan haiwan, sentora, sehingga haiwan pelik yang pandai berbicara.

Namun, kehadiran kanak-kanak yatim ini, menyebabkan kemarahan ahli sihir durjana White Witch atau Jadis, sekali gus mengundang peperangan antara kerajaannya dan Aslan yang mendominasi empayar Narnia.

Aslan, raja singa yang juga ketua tahta Narnia, bagaimanapun percaya dengan kemampuan Lucy, Edmund, Susan dan Peter sebagai tunggak dalam peperangan penuh debaran. Kerana baginya hanya manusia saja yang dapat memimpin kerajaan Narnia.

narnia


~ Semalam pegi tgk citer ni ngan housemate... not bad... bleh tahan dia punyer jalan citer walaupun lebih kepada pengembaraan kanak².. but effect dlm citer ni best... ader sesket mcm LOTR.. tp yg tak syok nyer, masa tgk tuh dok seat yg agak depan.. so terpaksa mendongak... sakit kepala di buat nyer... ;)

3 comments:

Redhzuan Daniel said...

akhirnya uols tgk gak cite nie ya!

Anonymous said...

adakah sebest selazat berkrim di gemari ramai mcm LOTR?

pn izah said...

eheheheh... pada aku blom bleh lawan LOTR lah... ader sesket plot citer yg akan ingatkan aku pada LOTR... but, LOTR still the best..